Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

Saturday 12 April 2014


Tips Mendidik Anak Menabung dan Mengurus Wang

Assalam semua,

Hari ni Emma ingin bagi tips bagaimana ingin mendidik anak2 untuk menabung dan menguruskan wang dengan baik.


Mungkin bagi ibu bapa, ramai yang dah biasa setiap kali melalui melalui bahagian permainan di dalam pasar raya, kebiasaannya anak-anak merengek dan meminta dibelikan mainan. Sebagai ibu bapa, langkah yang dapat kita ambil adalah dengan cara sentiasa menasihati anak supaya menabung wang. Katakan kepada mereka, apabila tabung mereka sudah banyak, mereka dapat membeli mainan yang mereka idamkan itu.

Kerap ulangi dan fahamkan kepada anak. Tegaskan juga diri kita supaya tidak mudah kalah dengan jeritan dan teriakan anak. Lazimnya, kegagalan ibu bapa selalunya berpunca daripada sifat kasih sayang dan tidak sampai hati. Ketegasan itu perlu supaya kita menjadi dominan dan bukan anak-anak. Ketegasan dan panas baran adalah perkara yang berbeza. Ambil langkah-langkah bagi mendidik anak menguruskan wang mereka seperti berikut:

1. Membuka akaun untuk anak seawal mungkin
    Anak dapat memahami nilai wang yang mereka ada.

2. Memberi Elaun
   Anak dapat merasai ada pendapatan sendiri. Beri galakan supaya anak menyimpan ataupun pilihan cara    berbelanja.

3. Mengajar anak membuat pilihan
    Biarkan anak membuat pilihan kerana ini dapat mendidik mereka menjadi pengguna yang bijak.




ok, lah sampai disini dulu.. nanti kita sambung ye untuk tips2 yang lain bagi anak2 kita.


Monday 9 December 2013

Duit..oh..duit...

Assalamualaikum semua...

Dah beberapa hari Emma tak dapat update blog ni..hari ni berkesempatan untuk post dalam blog. Kali ni Emma nak menceritakan situasi di mana sekarang semua perkara yang kita lakukan boleh kata melibatkan duit.. contoh yer nak makan, nak dapatkan rawatan di hospital.

Nak..nak kerajaan umumkan tahun 2014, cukai pintu naik harga, tarif elektrik naik dan macam-macam lagi. sesiapa yang mempunyai pendapatan cukup-cukup makan mesti pening kepala..hutang pun meningkat..

Jadi kena la cari inisiatif sendiri dengan mencari pendapatan sampingan seperti berniaga dan lain-lain lagi.








Jika anda berminat ingin mandapat pendapatan sampingan hanya dari rumah sms/call/ Wass apps saya di 012-9194267 untuk info lanjut atau pm saya di www.fb.com/messages/emmatahir21.

Saturday 7 December 2013

Mendidik Anak Beradab Sopan






Assalamualaikum semua,

Haa..kali ni Emma nak menceritakan tentang Mendidik anak beradab sopan.. Nabi Muhammad s.a.w mementingkan pendidikan yang berasaskan akhlak dan adab. Individu yang beradab, dipandang sebagai individu yang berakhlak mulia. Adab adalah nilai-nilai sopan seperti adab berkomunikasi, adab berpakaian, adab bergaul, adab bersalaman, adab berada di majlis-majlis, adab menuntut ilmu, adab makan dan sebagainya. Anak-anak diasuh supaya beradab sopan sejak mereka kecil lagi. Ini bukan sahaja melatih jiwa anak-anak, bahkan menjadi pengubat penyakit hati.

Tidak dapat dinafikan, suasana anak-anak dilahirkan dan dibesarkan pada zaman sekarang adalah berbeza dengan zaman kita dahulu. Pada zaman sekarang, kebanyakkan ibu bapa mempunyai masa yang terhad untuk berada bersama-sama dengan anak-anak. Anak-anak lebih berpotensi menjadikan orang lain sebagai model kehidupannya, berbanding ibu bapa mereka sendiri. Ini menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan adab dan akhlak yang buruk di luar pengetahuan kita.

Apabila anak-anak tidak diajar beradab beserta nilai-nilai akhlak yang baik, secara tidak langsung, kita menggalakkan perilaku mereka yang bebas melakukan pelbagai perbuatan buruk. Sekiranya perkara itu berterusan, maruah diri dan keluarga akan hilang.

Petikan Buku : Projek Anak Luar Biasa

Thursday 7 November 2013

Surirumah yang tidak bekerja

Jom baca cerita ni. Best!

Kaunselor    : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor    : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira.....


Sumber: Facebook

Tuesday 22 October 2013

KELEBIHAN ISTIGHFAR

TEKNIK JEMPUT REZEKI








Mantra memaksa rezeki masuk adalah Istighfar. Kita ibarat vakum.

Apabila ada ruang kosong, akan ada sesuatu yang memenuhi ruang itu. Apabila kita ada dosa, seolah-olah ruang dalam diri kita telah penuh. Maka, rezeki sukar untuk memenuhi ruang. Apabila kita telah bersihkan dengan Istighfar, ia akan membuat rezeki dipaksa masuk untuk memenuhi ruang. Istighfar adalah penawar untuk beberapa kes.

Contoh, mendapatkan zuriat, menurunkan hujan. Keajaiban Istighfar ada dijawab dalam Surah Nuh ayat 10 dan 11. Sehingga aku berkata kepada mereka, "Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian, Dia akan menghantar hujan lebat mencurah kepada kamu.

Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dengan anak-pinak. Dan ia akan mengadakan bagi kamu, kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di dalamnya."

Dalam ayat di atas, ada 5 sumber rezeki yang Allah janjikan. Pertama, rezeki itu akan diturunkan dalam bentuk hujan yang mencurah-curah.

Oleh sebab itu, digalakkan dalam solat banyakkan berisitghfar untuk meminta hujan. Apabila beristighfar, ia akan membasmi dosa, memohon taubat kepada Allah, menghapuskan kesedihan, maksiat yang akhirnya akan membawa kebaikan.

Kedua, dengan istighfar juga ia akan melapangkan rezeki kita. Oleh sebab itu, perbanyakkan istighfar jika ingin banyak harta kekayaan.

Ketiga, Istighfar juga membantu membanyakkan zuriat. Ada kisah pasangan yang sudah berkahwin selama 6 tahun masih dalam proses melahirkan zuriat. Apabila isterinya tahu tentang Surah Nuh, maka beliau amalkan istighfar dengan istiqamah dan berterusan dengan penuh keyakinan. Dengan izin Allah, setelah 2 bulan beliau disahkan mengandung. Subhanallah.

Sumber rezeki ke-empat adalah kebun tanaman.Disebutkan dalam Al Quran bersesuaian dengan waktu Al Quran itu diturunkan. Iaitu, semasa zaman Rasulullah sumber utamanya adalah tanaman. Andai dilihat dalam bidang pertanian, ia adalah sumber makanan dan perniagaan sehingga hari ini.

Kelima, sumber rezeki adalah sungai. Sungai adalah sumber untuk kehidupan, tumbuhan, haiwan dan manusia. Kebun yang bagus adalah apabila ada sungai mengalir di dalamnya. Sungai itu adalah sumber air yang utama, menyuburkan tanah, aman, makmur, boleh menambahkan kesenangan.

Daripada situ, benarlah Istighfar itu pembuka rezeki. Istighfar adalah pembuka segala simpulan (keserabutan), dan pemecah kepada segala masalah.

Yang baik jadi kan pengajaran..

sy~~~@shimasignature

Tuesday 8 October 2013

Kesihatan Anak

Assalam semua..dah berapa hari Emma tak dapat update blog dek kesibukkan menguruskan anak... Kebetulan pulak anak yang kecik ni tak sihat demam dan badan pulak tumbuh ruam2..dan dah beberapa malam tak dapat tidur nyenyak sebab meragam...

Tapi, Emma pasti mana2 ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil pasti merasai pengalaman seperti ini....

Oklah...mudah-mudahan anak2 kita semua sihat walafiat in Shaa Allah.


 My Sweet heart...

Ohhh... Lupa pulak sebut pasal kesihatan anak...lanjutan daripada isu Emma sebelum ini iaitu 'Gajet Tidak baik bagi Kanak-kanak' Emma nak jadikan contoh beberapa orang yang boleh kita jadikan model dalam mendidik anak-anak kita..Contohnya seperti Wardina Safiyyah...personaliti yang tidak asing buat kita... Emma suka cara beliau mendidik anak-anak...dimana beliau tekankan bab agama kepada anak-anaknya...Selain itu, masa lapang anak-anak banyak diisi dengan ilmiah iaitu dengan menghadiri program-program keagamaan, membaca buku bersama-sama, menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Sunday 6 October 2013

Keburukan Gajet terhadap kanak-kanak


:: Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak :: Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah.

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak.

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.

       Eeeiii...rasa risau pulak...anak-anak Emma sekarang dah pandai minta main game dalam phone ummi dgn ayah dia...asyik minta jer...tak bagi melalak pulak terpaksa la bagi untuk puaskan hati diorang. tapi kena control la jugak takut melarat-larat nanti sehingga abaikan kerja sekolah dan baca buku..

lps ni kena cari alternatif yang boleh boleh mendorong minat diorang selain daripada bermain dengan gajet ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Total Pageviews