Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday 30 September 2013

Tentang Emma

Hai Assalamualaikum..Halimah Md Tahir nama diberi....Emma nama panggilan yang mudah disebut... emma merupakan seorang ibu muda kepada 3 orang anak yang sedang meningkat dewasa. Emma juga seorang kakitangan awam yang sedang makan gaji.Disebabkan kos sara hidup yang tinggi, emma mengambil peluang mencari pendapatan sampingan bagi membantu suami dan ingin menyelesaikan hutang-hutang yang ada. Selain itu, hajat emma untuk membawa ummi dan ayah pergi menunaikan ibadah rukun yang ke-5  mudah-mudahan tercapai.

Sunday 29 September 2013

Organ Paling Bahaya

Kawan-kawan, kali ni emma nak kongsikan tentang Organ paling Bahaya dalam tubuh kita. Kawan-kawan tahu tak organ paling bahaya pada tubuh manusia adalah LEMAK di perut. Menurut Dr. Robert R. Henry, pakar endokrinologi dan perubatan Universiti California, San Diego, apabila kita makan dengan banyak, kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh, terutama perut. Apa yang anda tidak tahu ialah, sebaik berada di dalam perut, lemak tersebut berubah menjadi organ.

Saturday 28 September 2013

7 Tips MOTIVASI Pagi Agar Lebih Semangat















Perkara terbaik yang anda patut lakukan pada waktu pagi ialah;

1. Bersyukur..Bersyukur…dan Bersyukur.. 
Bersyukur sebab anda masih diberikan peluang untuk menerukan hidup. Anda juga masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik daripada hari kelmarin.


2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi-motivasi pendek dan bacalah dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan baca news paper, jangan baca gossip-gossip ataupun sebarang aktiviti mengumpat bersama kawan-kawan. Sebabnya, ia akan mengeluarkan energy negative lalu menghalang anda daripada bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sessi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya sesi Motivasi Pagi di TV3 dan ikuti Motivasi Bersama Dr.Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit untuk memberi motivasi kepada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya anda menjadi lemah semangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah..
Bila anda mula punch kad untuk nak masuk kerja, mulakanlah dengan baca Bismillah.., moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan anda lalai, mengantuk [macam tak cukup cas bateri saja].

Anda kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas..duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah.. Moga apa jua yang anda lakukan akan mendapat keberkatan.

Masuk sahaja ke dalam kelas, pasang niat dengan ikhlas anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah dalam melakukannya, anda mempunyai peluang yang cerah untuk Cemerlang!


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja.. Kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari ini, betul tak? Kita hanya nak sampai di sana bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang, balik rumah dan berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi bangun dan perkara yang sama berulang lagi.

Hidup anda bagai dalam 1 bulatan..situ-situ saja..

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai. Lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji? Berapa bab buku yang anda nak baca minggu ini? Berapa soalan yang anda nak tanya pada lecturer atau guru nanti?

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari perniagaan anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ini dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuatkan kita lebih energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari lihat warna-warna yang cerah seperti merah, kuning, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri. Berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lupakanlah kisah semalam yang pedih. Lepaskanlah semuanya..Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dahulu sampai sekarang.


Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.


Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda akan jadi orang yang tak bersemangat langsung.


Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani berubah untuk kecemerlangan hidup.

--------------------------------------------------
KLIK UNTUK INFO LANJUT
--------------------------------------------------


Oleh: Shukri Abdullah

Thursday 26 September 2013

Fakta Kesihatan


AWAS, Jika Suka Kunyah Ais

Sebuah hasil kajian terbaru mendapati seorang pesakit anemia yang sering menguyah ais batu, tahap zat besi di dalam darahnya dapat mencapai paras normal. Tetapi, hal ini ternyata mempunyai kesan negatif - membuatkan gigi anda cedera. Selain itu, menguyah ais batu boleh mencetuskan abses dan melemahkan struktur gigi hingga menyebabkannya mudah patah dan retak.

Saturday 21 September 2013

My Family

Hai, ketemu lagi...inilah keluarga Emma. Pic ni ditangkap sewaktu pernikahan sepupu baru-baru ni..

Dari kiri abg Aqil Asyraaf, Hubby Azman namanya, yg kecil Aqil Wildan,sebelah kakak dia Ain Aqilah dan Emma sendiri..hehehe..

Pasti ramai yg tertanya kenapa mata si kecil tu.. ada kemalangan sikit sewaktu raya sebelum ni..dia tertarik wayar seterika yang baru digunakan oleh mak ngah dia..tu dia... berparut dari muka, tangan dan kaki...cian..sayang ummi...

Sunday 15 September 2013

Emma loves Vemma

Inilah minuman kesihatan favourite Emma..


Post Pertama

Assalam kawan-kawan... hari ini adalah hari pertama emma membuat blog ni...

Orang kata, kalau baru nak mula memang kekok sikit..tapi lama kelamaan in shaa Allah.. jadi kebiasaan. betul tak?

Tak tahu nak start cerita yang mana dulu, personel details ker?pengalaman hidup ker? matlamat dan macam2 lagi..takper..takper...emma kan ceritakan satu persatu dari masa ke semasa..

Yang pasti Emma tak nak lepaskan peluang untuk berkongsi kegembiraan Emma setelah 'comeback' dengan peluang di Vemma nie..! Yeeaaayyyy....


Apa2 pun Emma credit tu kak CD (Cahaya Diana) kerana atas nasihat beliau lah Emma menghasilkan blog ni... Thanks juga sebab tak pernah kenal erti jemu untuk guide Emma dalam membuat Revolusi Bisnes Dari Rumah ni!


xoxo

EmmaTahir


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Total Pageviews