Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 8 October 2013

Kesihatan Anak

Assalam semua..dah berapa hari Emma tak dapat update blog dek kesibukkan menguruskan anak... Kebetulan pulak anak yang kecik ni tak sihat demam dan badan pulak tumbuh ruam2..dan dah beberapa malam tak dapat tidur nyenyak sebab meragam...

Tapi, Emma pasti mana2 ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil pasti merasai pengalaman seperti ini....

Oklah...mudah-mudahan anak2 kita semua sihat walafiat in Shaa Allah.


 My Sweet heart...

Ohhh... Lupa pulak sebut pasal kesihatan anak...lanjutan daripada isu Emma sebelum ini iaitu 'Gajet Tidak baik bagi Kanak-kanak' Emma nak jadikan contoh beberapa orang yang boleh kita jadikan model dalam mendidik anak-anak kita..Contohnya seperti Wardina Safiyyah...personaliti yang tidak asing buat kita... Emma suka cara beliau mendidik anak-anak...dimana beliau tekankan bab agama kepada anak-anaknya...Selain itu, masa lapang anak-anak banyak diisi dengan ilmiah iaitu dengan menghadiri program-program keagamaan, membaca buku bersama-sama, menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.




Kita juga boleh mengisi lapang anak2 dengan membawa mereka berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik seperti taman permainan, zoo, pantai dan lain tempat yang sesuai dengan bajet kita.

Sebelum Emma undur diri buat masa ni..Emma nak bagi tips Cara Didik Anak Dari Wardina Safiyyah..

5 Tip Didik Anak

  1. Jangan Labelkan anak dengan  sesuatu yang buruk /negatif
  2. Banyak bercerita / bercakap dengan anak
  3. Galakkan anak supaya banyak bertanya
  4. Tanamkan budaya membaca
  5. Kejujuran


 Jalan2 di pantai di Terengganu


Wildan Di Taman Permainan 







Melawat Zoo Negara


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Total Pageviews