Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 22 October 2013

KELEBIHAN ISTIGHFAR

TEKNIK JEMPUT REZEKI








Mantra memaksa rezeki masuk adalah Istighfar. Kita ibarat vakum.

Apabila ada ruang kosong, akan ada sesuatu yang memenuhi ruang itu. Apabila kita ada dosa, seolah-olah ruang dalam diri kita telah penuh. Maka, rezeki sukar untuk memenuhi ruang. Apabila kita telah bersihkan dengan Istighfar, ia akan membuat rezeki dipaksa masuk untuk memenuhi ruang. Istighfar adalah penawar untuk beberapa kes.

Contoh, mendapatkan zuriat, menurunkan hujan. Keajaiban Istighfar ada dijawab dalam Surah Nuh ayat 10 dan 11. Sehingga aku berkata kepada mereka, "Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian, Dia akan menghantar hujan lebat mencurah kepada kamu.

Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dengan anak-pinak. Dan ia akan mengadakan bagi kamu, kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di dalamnya."

Dalam ayat di atas, ada 5 sumber rezeki yang Allah janjikan. Pertama, rezeki itu akan diturunkan dalam bentuk hujan yang mencurah-curah.

Oleh sebab itu, digalakkan dalam solat banyakkan berisitghfar untuk meminta hujan. Apabila beristighfar, ia akan membasmi dosa, memohon taubat kepada Allah, menghapuskan kesedihan, maksiat yang akhirnya akan membawa kebaikan.

Kedua, dengan istighfar juga ia akan melapangkan rezeki kita. Oleh sebab itu, perbanyakkan istighfar jika ingin banyak harta kekayaan.

Ketiga, Istighfar juga membantu membanyakkan zuriat. Ada kisah pasangan yang sudah berkahwin selama 6 tahun masih dalam proses melahirkan zuriat. Apabila isterinya tahu tentang Surah Nuh, maka beliau amalkan istighfar dengan istiqamah dan berterusan dengan penuh keyakinan. Dengan izin Allah, setelah 2 bulan beliau disahkan mengandung. Subhanallah.

Sumber rezeki ke-empat adalah kebun tanaman.Disebutkan dalam Al Quran bersesuaian dengan waktu Al Quran itu diturunkan. Iaitu, semasa zaman Rasulullah sumber utamanya adalah tanaman. Andai dilihat dalam bidang pertanian, ia adalah sumber makanan dan perniagaan sehingga hari ini.

Kelima, sumber rezeki adalah sungai. Sungai adalah sumber untuk kehidupan, tumbuhan, haiwan dan manusia. Kebun yang bagus adalah apabila ada sungai mengalir di dalamnya. Sungai itu adalah sumber air yang utama, menyuburkan tanah, aman, makmur, boleh menambahkan kesenangan.

Daripada situ, benarlah Istighfar itu pembuka rezeki. Istighfar adalah pembuka segala simpulan (keserabutan), dan pemecah kepada segala masalah.

Yang baik jadi kan pengajaran..

sy~~~@shimasignature

Tuesday 8 October 2013

Kesihatan Anak

Assalam semua..dah berapa hari Emma tak dapat update blog dek kesibukkan menguruskan anak... Kebetulan pulak anak yang kecik ni tak sihat demam dan badan pulak tumbuh ruam2..dan dah beberapa malam tak dapat tidur nyenyak sebab meragam...

Tapi, Emma pasti mana2 ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil pasti merasai pengalaman seperti ini....

Oklah...mudah-mudahan anak2 kita semua sihat walafiat in Shaa Allah.


 My Sweet heart...

Ohhh... Lupa pulak sebut pasal kesihatan anak...lanjutan daripada isu Emma sebelum ini iaitu 'Gajet Tidak baik bagi Kanak-kanak' Emma nak jadikan contoh beberapa orang yang boleh kita jadikan model dalam mendidik anak-anak kita..Contohnya seperti Wardina Safiyyah...personaliti yang tidak asing buat kita... Emma suka cara beliau mendidik anak-anak...dimana beliau tekankan bab agama kepada anak-anaknya...Selain itu, masa lapang anak-anak banyak diisi dengan ilmiah iaitu dengan menghadiri program-program keagamaan, membaca buku bersama-sama, menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Sunday 6 October 2013

Keburukan Gajet terhadap kanak-kanak


:: Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak :: Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah.

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak.

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.

       Eeeiii...rasa risau pulak...anak-anak Emma sekarang dah pandai minta main game dalam phone ummi dgn ayah dia...asyik minta jer...tak bagi melalak pulak terpaksa la bagi untuk puaskan hati diorang. tapi kena control la jugak takut melarat-larat nanti sehingga abaikan kerja sekolah dan baca buku..

lps ni kena cari alternatif yang boleh boleh mendorong minat diorang selain daripada bermain dengan gajet ni..

Friday 4 October 2013

Konvokesyen Adik

Alhamdulillah,  tamat lah sudah pengajian adik lelaki Emma iaitu Muhammad Salleh Md Tahir dan kini graduan dari Universiti Malaya dalam bidang teknologi maklumat..

Orang yang paling gembira sekali tentulah ummi dan ayah yang selama ini telah banyak berkorban demi memastikan pendidikan anak2 mereka terjamin...

dan inilah hasilnya yang mereka tunggu selama ini, segulung ijazah sebagai hadiah di atas titik peluh mereka yang dalam memberikan pendidikan yang tebaik buat kita.




Konvokesyen pada 3 Oktober 2013

Lupa pulak...adik Emma ni anak no keempat dalam adik beradik....dan dia ni pun memang pemalu orangnya..tapi memang taat cakap ummi ngan ayah..
In Shaa Allah, rezki dia ada kerja tetap nanti nak suruh dia jadi BP vemma dan ajak kawan2 dia yang lain meramaikan lagi Team Revolution...



Gambar ummi Zaleha Abd Jabbar serta ayah Md Tahir..

Kenapa Anthony Powell bertukar dari Herbalife ke Vemma?



Sebelum tu harap maaf jika Emma terlambat update pasal cerita Anthony Powell ni. Tapi cerita ni memang HOT! so Emma tak nak terlepas untuk sama2 share cerita ni di blog Emma...Salah satu sebab Emma buat comeback ni pun sebab keyakinan Emma semakin bertambah dengan Vemma selepas membaca cerita ni..

Thursday 3 October 2013

My First Video - Emma Tahir buat Come Back

















Jangan terkejut dengan tajuk di atas tu.. Sebenarnya Emma bukan buat come back apa pun. Emma cuma buat come back di Vemma jer. Tapi inilah video pertama Emma, yang dibuat atas nasihat kak Cahaya Diana (CD) sendiri.

SABTU - Group Training Untuk Ahli Berbayar Sahaja

















Untuk mereka yang dah upgred menjadi Ahli Berbayar sahaja (Paid Members only), jangan risau kerana kami turut menyediakan Latihan /Training secara PERCUMA kepada anda pada setiap hari SABTU (by request).

Wednesday 2 October 2013

Lanjutan Isu Mati Makan Kenduri


PUNCA SEBENAR “AYAM MASAK MERAH” PEMBAWA MAUT


Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Mati Makan Kenduri - Takziah Kepada Keluarga Mangsa




Hari ni Emma nak share tentang satu isu yang rasanya 1 Malaysia dah tahu, iaitu tentang isu keracunan makanan di rumah kenduri yang telah melibatkan kematian beberapa orang.. (3 orang tak salah Emma). Hai..macamanalah perasaan tuan rumah yang buat kenduri tu kan? Pengantin tu pulak.. Lagilah sure sedih tak terkata. Memang tak dapat dibayangkan.

Jom Webinar ISNIN - 9.30PM to 10.30PM

















Selari dengan konsep 'BUSINESS FROM HOME' /BISNES DARI RUMAH.., Emma ingin menjemput anda semua menyertai webinar kami dan ketahui lebih lanjut tentang peluang bisnes hebat yang Emma jalankan ini hanya dari depan laptop di rumah anda sahaja.

Tuesday 1 October 2013

SELASA - Business Preview


KHUSUS bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Kelang.. Anda boleh datang untuk mendengar penjelasan tentang bisnes yang Emma jalankan ini. Mungkin ada di kalangan anda yang lebih suka jika bersua muka secara 'live' (face to face). Anda boleh datang dan dengar sendiri Business Preview kami di HQ Vemma, Jaya One, PJ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Total Pageviews