Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 12 April 2014


Tips Mendidik Anak Menabung dan Mengurus Wang

Assalam semua,

Hari ni Emma ingin bagi tips bagaimana ingin mendidik anak2 untuk menabung dan menguruskan wang dengan baik.


Mungkin bagi ibu bapa, ramai yang dah biasa setiap kali melalui melalui bahagian permainan di dalam pasar raya, kebiasaannya anak-anak merengek dan meminta dibelikan mainan. Sebagai ibu bapa, langkah yang dapat kita ambil adalah dengan cara sentiasa menasihati anak supaya menabung wang. Katakan kepada mereka, apabila tabung mereka sudah banyak, mereka dapat membeli mainan yang mereka idamkan itu.

Kerap ulangi dan fahamkan kepada anak. Tegaskan juga diri kita supaya tidak mudah kalah dengan jeritan dan teriakan anak. Lazimnya, kegagalan ibu bapa selalunya berpunca daripada sifat kasih sayang dan tidak sampai hati. Ketegasan itu perlu supaya kita menjadi dominan dan bukan anak-anak. Ketegasan dan panas baran adalah perkara yang berbeza. Ambil langkah-langkah bagi mendidik anak menguruskan wang mereka seperti berikut:

1. Membuka akaun untuk anak seawal mungkin
    Anak dapat memahami nilai wang yang mereka ada.

2. Memberi Elaun
   Anak dapat merasai ada pendapatan sendiri. Beri galakan supaya anak menyimpan ataupun pilihan cara    berbelanja.

3. Mengajar anak membuat pilihan
    Biarkan anak membuat pilihan kerana ini dapat mendidik mereka menjadi pengguna yang bijak.




ok, lah sampai disini dulu.. nanti kita sambung ye untuk tips2 yang lain bagi anak2 kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Total Pageviews