Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 22 October 2013

KELEBIHAN ISTIGHFAR

TEKNIK JEMPUT REZEKI








Mantra memaksa rezeki masuk adalah Istighfar. Kita ibarat vakum.

Apabila ada ruang kosong, akan ada sesuatu yang memenuhi ruang itu. Apabila kita ada dosa, seolah-olah ruang dalam diri kita telah penuh. Maka, rezeki sukar untuk memenuhi ruang. Apabila kita telah bersihkan dengan Istighfar, ia akan membuat rezeki dipaksa masuk untuk memenuhi ruang. Istighfar adalah penawar untuk beberapa kes.

Contoh, mendapatkan zuriat, menurunkan hujan. Keajaiban Istighfar ada dijawab dalam Surah Nuh ayat 10 dan 11. Sehingga aku berkata kepada mereka, "Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian, Dia akan menghantar hujan lebat mencurah kepada kamu.

Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dengan anak-pinak. Dan ia akan mengadakan bagi kamu, kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di dalamnya."

Dalam ayat di atas, ada 5 sumber rezeki yang Allah janjikan. Pertama, rezeki itu akan diturunkan dalam bentuk hujan yang mencurah-curah.

Oleh sebab itu, digalakkan dalam solat banyakkan berisitghfar untuk meminta hujan. Apabila beristighfar, ia akan membasmi dosa, memohon taubat kepada Allah, menghapuskan kesedihan, maksiat yang akhirnya akan membawa kebaikan.

Kedua, dengan istighfar juga ia akan melapangkan rezeki kita. Oleh sebab itu, perbanyakkan istighfar jika ingin banyak harta kekayaan.

Ketiga, Istighfar juga membantu membanyakkan zuriat. Ada kisah pasangan yang sudah berkahwin selama 6 tahun masih dalam proses melahirkan zuriat. Apabila isterinya tahu tentang Surah Nuh, maka beliau amalkan istighfar dengan istiqamah dan berterusan dengan penuh keyakinan. Dengan izin Allah, setelah 2 bulan beliau disahkan mengandung. Subhanallah.

Sumber rezeki ke-empat adalah kebun tanaman.Disebutkan dalam Al Quran bersesuaian dengan waktu Al Quran itu diturunkan. Iaitu, semasa zaman Rasulullah sumber utamanya adalah tanaman. Andai dilihat dalam bidang pertanian, ia adalah sumber makanan dan perniagaan sehingga hari ini.

Kelima, sumber rezeki adalah sungai. Sungai adalah sumber untuk kehidupan, tumbuhan, haiwan dan manusia. Kebun yang bagus adalah apabila ada sungai mengalir di dalamnya. Sungai itu adalah sumber air yang utama, menyuburkan tanah, aman, makmur, boleh menambahkan kesenangan.

Daripada situ, benarlah Istighfar itu pembuka rezeki. Istighfar adalah pembuka segala simpulan (keserabutan), dan pemecah kepada segala masalah.

Yang baik jadi kan pengajaran..

sy~~~@shimasignature

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Total Pageviews