Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 2 October 2013

Mati Makan Kenduri - Takziah Kepada Keluarga Mangsa




Hari ni Emma nak share tentang satu isu yang rasanya 1 Malaysia dah tahu, iaitu tentang isu keracunan makanan di rumah kenduri yang telah melibatkan kematian beberapa orang.. (3 orang tak salah Emma). Hai..macamanalah perasaan tuan rumah yang buat kenduri tu kan? Pengantin tu pulak.. Lagilah sure sedih tak terkata. Memang tak dapat dibayangkan.




Takziah Emma ucapkan kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang. Di bawah ni Emma 'paste' kan artikel yang Emma dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai.. :) 


******

SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.


******
Huh..lepas ni mesti ramai yang akan fobia nak pegi kenduri.. / makan lauk ayam masak merah.. Biasanya macam tu lah kan.. Emma sendiri pun dah ada perasaan macam tu dah sekarang ni.. Heee...mintak dijauhkanlah.. 


Berbalik kepada isu di atas.. diharap jangan pula ada pihak yang terfikir nak saman tuan rumah yang buat kenduri tu pulak yer.. Biasanya orang kita macam tu lah.. Anggap jer dah sampai ajal mereka... Bukankah setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya. 


Kepada pihak pengusaha ayam di seluruh Malaysia di harap jangan ambil remeh hal ni lebih-lebih mengedarkan ayam yang dah tak elok memang menjadi kesalahan besar dan boleh kenakan tindakan undang2. Lepas ni Emma pun akan berhati2 untuk beli ayam2 di pasar.. huhuhuuu.....


Foto-foto berkaitan:






Sumber: sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sample text

Sample Text

Total Pageviews